Tuesday, December 23, 2008

The Bottom Line..........


FACE IT. Nobody owes you a living,
What you achieve or fail to achieve in your lifetime
is directly related to what you do or fail to do.
No one chooses his parents or childhood
but you can choose your own direction
Everyone has problems and obstacles to overcome
but that too is relative to each individual.

NOTHING IS CARVED IN STONE,
you can change anything in your life,
if you want to badly enough
Excuses are for losers:
Those who take responsibility for their actions are the real
winners in life
Winners meet life’s challenges head on,
knowing there are no guarantees,
and give it all they’ve got.
And never think it’s too late or too early to begin,
Time plays no favorites
and will pass whether you act or not.

TAKE CONTROL OF YOUR LIFE.
Dare to dream and take risks...
Compete.
If you aren’t willing to work for your goals don’t expect others to.

BELIEVE IN YOURSELF

Author: Anonymous

Saturday, December 20, 2008

kEtAwa & MenanGis


Antara sabda Rasulullah SAW:
Ketawa:
"Siapa tertawa semasa mudanya dia akan menangis semasa tuanya. Siapa tertawa semasa kayanya, dia akan menangis semasa fakirnya. Siapa yang tertawa semasa hidupnya dia akan menangis semasa matinya"

"Banyak tertawa dapat mematikan hati"


Menangis:
"Bacalah Al-Quran dan menangislah. Jika tidak boleh menangis, maka buat-buatlah menangis"

"Pada hari Kiamat, setiap mata menangis kecuali tiga mata; Mata yang menangis kerana takut kepada Allah Mata yang terpejam dari larangan-larangan Allah Mata yang berjaga di jalan Allah"




Thursday, December 18, 2008

a LyRiC.......


Row that boat, row it with your hands
Don't entrust your oars
with those who'll rejoice when you're gone

Where is that boat, wandering around in the air?
Where is that boat, falling apart but plowing forward?
Fighting the current, the ship holds strong, the ship takes hits
Even when the sailors give in to fear and abandon ship

Row that boat, row it with your hands
Don't entrust your oars
with those who'll rejoice when you're gone

Has that ship forgotten it's a sky ship?
Has that ship forgotten the moment it lifts into the air?
At the end of the horizon of land, of sea
That is where the ship takes off
Even if all the ports kill their lights and fall to silence

Row that boat, row it with your hands
Don't entrust your oars
with those who'll rejoice when you're gone

What trial is this?
What do these scales measure?
What are you aiming for in being with me?
What makes this ship move?
What trial is this?
What do these scales measure?
What are you aiming for in being with me?
What makes this ship move?

Row that boat, row it with your hands
Don't entrust your oars
with those who'll rejoice when you're gone

Row that boat, row it with your hands
Don't entrust your oars

Wednesday, December 17, 2008

PeLuaNg......


Peluang kerap kali menjengah kita. Tapi kita tidak pernah perasan atau menyambut baik kedatangan peluang. Mungkin kita telah terbiasa dengan kedatangan peluang sehingga peluang yang datang diabaikan. Mungkin juga peluang yang datang bukan pada waktunya atau mungkin juga peluang datang hanya sebentar. Kadang-kadang peluang kecewa dan terus beredar dan mencari orang yang betul-betul menghargai peluang.

Kata orang, kita mestilah jadi seorang yang menghargai peluang, mencari peluang, peluang yang ada direbut, peluang yang datang disambar, peluang yang kecil dibesarkan, peluang yang tipis ditebalkan, peluang yang sikit dibanyakkan. Kadang- kadang betul, jarang-jarang tidak. Kadang-kadang kita mestilah menghargai peluang kerana mungkin peluang tersebut datang sekali sahaja dalam hidup. Mungkin peluang tersebut tidak akan menjengah kita lagi buat kali kedua. Peluang yang yang datang hanya sekali membuatkan kita berfikir dua tiga kali. Peluang yang datang kerap kali membuatkan kita terus bertindak tanpa berfikir.

Bercakap tentang peluang, janganlah kita menutup peluang orang lain. Peluang tersebut yang sepatutnya datang kepada tuannya, kita telah curi. Kesian orang yang sepatutnya menerima peluang tersebut. Kita boleh ambil peluang tersebut, tetapi dengan syarat kalau tuan punya peluang tidak menghargai peluang yang datang. Peluang yang bukan untuk kita lebih baik dilepaskan, mungkin peluang tersebut lebih bermakna untuk orang lain.

Rebutlah peluang. peluang yang sedikit itu perlulah direbut. Jika peluang tersebut merupakan peluang kita, kita akan dapat. Jika peluang tersebut, bukan untuk kita, jangan kita tarik peluang orang lain. Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan peluang. Kerana peluang datang bukan pada waktunya. Peluang datang ketika kita tidak dapat merebutnya, datang ketika kita tidak boleh menghargainya, datang ketika kita terlalu banyak peluang dan datang ketika kita tidak mampu menyambutnya. Peluang yang kita terpaksa lepaskan tidak bermakna kita tidak menghargai peluang tetapi mungkin peluang yang ada sekarang ini kita tidak mampu menghargainya atau mungkin juga peluang yang kita lepaskan lebih bermakna buat orang lain.

Tuesday, December 16, 2008

GrAb FivE bEfoRe fiVe

Ibn 'Abbas reported that the Prophet(peace be upon him) said, grab FIVE before FIVE others,

YoUR yOutH bEfOrE yOuR DecRepItuDe
yOuR hEaLtH BefOre YoUr IlnEss
yOuR wEalTh before yOur poVerTy
yOur lEisUrE beForE yoUr wOrk
yOur lIfe BeForE yOur DeatH.

Tuesday, August 26, 2008

DunIa AtAu AkhIrat

Disebutkan sebuah kisah dimana satu hari adalah seorang raja yang hampir mangkat bertitah kepada rakyatnya. "jika sesiapa yang dapat menyentuhku dalam keadaan gelap gelita, akan kuberikan segala harta ku kepadanya" titah raja tersebut. Maka, pada satu malam, lampu dipadamkan dan keadaan istana menjadi gelap gelita. Rakyat yang menyedari keadaan itu, berpusu-pusu mendapatkan raja tersebut. Tetapi dikalangan rakyat tersebut, ada seorang hamba yang pintar. Si hamba ini tidak menyentuh raja tetapi sebaliknya dia menyentuh mahkota raja tersebut. Setelah lampu dipasangkan, kelihatan hanya Si hamba seorang sahaja inilah yang sedang menyentuh mahkota dan yang lain menyentuh raja. Raja pun bertanya kepada Si hamba ini,"kenapa engkau memegang mahkotaku?". "Jika aku menyentuh kau, aku hanya mendapat harta kau sahaja tetapi apabila aku menyentuh mahkota kau, aku bukan sahaja mendapat harta yang kau simpan malah aku juga mendapat kuasa kau mentadbir kawasan ini" Kata Si hamba kepada raja.

Disebalik cerita ini terdapat satu pengajaran yang bermakna buat kita. Gelap gelita dan terang benderang dapat di tafsirkan ketika waktu malam dan siang. dimana waktu malam keadaan dalam keadaan gelap dan siang berada dalam sinaran cahaya. Ini menunjukkan, adakah kita mencari akhirat dahulu atau dunia dahulu ketika kita bangun dari tidur? Jika kita memilih dunia, maka kita akan hanya mendapat kenikmatan dunia. Jika kita memilih akhirat, beruntunglah kita kerana kita akan mendapat kenikmatan kedua-duanya.

Renungkan kembali apakah yang sering kita lakukan ketika sedar dari tidur? Adakah kita bangun di awal pagi semata-mata untuk melihat perlawanan bola sepak atau memuaskan nafsu makan kita? Atau kita memanjatkan kesyukuran dan membuat ibadah kepada Allah?

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan dari Allah juga kita kembali.

Sunday, August 24, 2008

FeAr Or No FeAr???

FEAR FOR PREY
NO FEAR FOR PREDATOR
Islamik Testimonial

FEAR FOR ALLAH

MoTivAtiONs

Islamik Testimonial

Saturday, August 16, 2008

aLL AbOuT CoLLeGe.....



Dugaan demi dugaan
Cabaran demi cabaran
Dugaan yang penuh cabaran
Kehidupan tanpa kesedaran

Tergelincir walaupun sedikit, membawa perubahan yang begitu besar dalam kehidupan. Kolej yang mengajar erti apa itu kebebasan. Kebebasan yang tiada batasan. Kebebasan yang penuh keseronokan. Tiada yang melarang, tiada yang dilarang. Sebaik-baik manusia menjadi sejahat-jahat manusia. Dahulunya pendakwah tetapi sekarang pembuat salah. Tidak mengenal rupa, tidak mengenal usia.

Teguran jarang sekali diberikan. Mungkin juga tidak pernah ada teguran. Ada pendakwah tetapi tidak berdakwah. Bukan kerana tidak mampu. Hanya keazaman yang kurang.

Hanya insan yang mempunyai kekuatan sahaja yang berupaya melaluinya. Insan yang benar-benar mengerti apa itu 6 dapat meneruskan kehidupan.

Monday, April 14, 2008

Study System

  • Penuhi masa yang senggang dengan membaca atau mencari maklumat yang
    berfaedah. Sebagai contoh, masa yang senggang ketika ketiadaan guru boleh
    dipenuhi dengan proses mengulangkaji pelajaran.
  • Tiada makna bosan dalam kamus hidup sekiranya kita masih lagi pelajar. Perkataan bosan tidak akan wujud sekiranya kita mengisi masa yang bosan dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Perbincangan di dalam kumpulan membantu pelajar menjimatkan masa dan
    memahami sesuatu topic dengan lebih berkesan. Kumpulan belajar tidak perlu
    ramai. Cukup sekadar tiga hingga lima orang. Banyakkan berbincang tentang topic
    yang dikemukakan daripada berbual kosong.
  • Focus ketika belajar. Walaupun kita mengambil masa yang sedikit untuk mengulangkaji pelajaran tetapi sekiranya kita focus dan faham sepenuhnya apa yang kita baca, ia sudah cukup baik.
  • Ilmu yang diperoleh tidak kemana sekiranya tidak dikongsi dan tidak diamalkan. Bantu rakan yang di dalam kesusahan. Kita cuba menjadi mentor yang terbaik bagi rakan kita dan cuba sehabis yang baik.
  • Banyakkan membaca topic yang tidak dapat dikuasai dengan berulang kali. Kurangkan pembacaan terhadap topic yang sudah difahami sepenuhnya.
  • Buat senarai semak terhadap subjek-subjek atau sub topic yang perlu diberi penekanan.
  • Banyakkan melakukan latih tubi bagi subjek yang memerlukan kemahiran mengira dan bukan
    dengan pembacaan.
  • Mengulangkaji pelajaran ketika susasana tenang dan diri dalam keadaan tenang. Jangan memaksa diri untuk menerima ilmu sekiranya diri dalam keadaan marah atau tidak stabil.
  • Akal memerlukan rehat yang cukup untuk melakukan proses pembelajaran yang lebih mencabar. Elakkan daripada belajar sehingga lewat malam.
  • Belajar dalam keadaan gembira dan dengan hati yang terbuka. Lebih mudah untuk kita memahami dan menguasai sesuatu topic atau subjek.
  • Sentiasa mengasah otak dengan sentiasa melakukan proses menghafal. Semakin banyak kita menghafal, semakin tajam akal fikiran.
  • Sebagai orang Islam, tahu tanggungjawab dan sentiasa melakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
  • Setiap individu mempunyai cara pembelajaran tersendiri. Jadi diri sendiri dan cipta cara pembelajaran sendiri bergantung kepada persekitaran sekeliling.

Wednesday, March 5, 2008

Masa yang Berlalu...

Masa itu emas. Adakah kita benar-benar faham makna sebenar ungkapan tersebut.? 24 jam sehari merupakan satu jangka yang lama bagi seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang ingin dilakukan. Masa tidak akan sesekali memberi peluang kepada kita. Jika kita terus menanti peluang daripada masa, sudah tentu kita akan ketinggalan.
Kenapa masa kita tidak cukup? Ini kerana kita tidak pandai menguruskan masa. Allah Maha Adil kerana telah memberikan setiap makhluknya masa yang sama. 24 jam kepada ayah kita,24 kepada ibu kita dan 24 jam kepada semua makhluk untuk satu hari. Begitu juga kepada kita. Mereka yang berjaya juga mempunyai 24 jam satu hari. Satu hari kehidupan tidak akan menjadi 60 jam atau 80 jam. Mengapa kita menjadikan alasan masa tidak cukup sebagai penghalang untuk kita berjaya?
Kenapa kita tiada masa untuk belajar?? Tetapi kita ada masa untuk tidur. Kenapa kita tiada masa untuk membantu ibu bapa? Tetapi kita ada masa bermain. Diri sendiri yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan tersebut.
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita mesti berlaku adil. Begitu juga masa. Kita tidak meletakkan masa di tempat yang betul. Kita yang telah berlaku zalim terhadap masa. Waktu tidur yang sepatutnya enam hingga lapan jam kita telah tambahnya menjadi sepuluh jam. Waktu belajar yang sepatutnya kita panjangkan, kita telah pendekkan. Di mana letaknya keadilan kita?
Mengapa kita perlu membazirkan masa kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah? Kemudian kita senang-senang menyalahkan masa sekiranya kita gagal. Pepatah arab ada mengatakan. Masa itu ibarat mata pdag. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.

Wednesday, February 27, 2008

Keluarga Tercinta Pembakar Semangat

Keluarga merupakan orang yang terdekat dengan kita. Di situlah tempat kita mengadu, berlindung dan sebagai tempat kita melepaskan rindu. Sebenarnya, keluarga memainkan peranan yang begitu banyak dalam kehidupan pelajar. Walaupun kita hanya mempunyai keluarga angkat atau kita hanya menumpang kasih pada keluarga tiruan, sedarlah bahawa merekalah yang telah menjaga kita, bersusah payah untuk kita dan berusaha memenuhi hasrat kita. Oleh itu, hargailah keluarga yang kita ada. Selama mereka masih ada, sayangilah mereka dan terimalah mereka seadanya. Tiada yang lebih bermakna daripada keluarga.
Ibu bapa merupakan ahli dalam keluarga. Bapa sebagai ketua, ibu sebagai pembantunya. Menjaga perasaan dan hati mereka merupakan tanggungjawab seorang anak. Menjadi tanggungjawab seorang anak membantu ibu bapa di dalam kesusahan. Bagi pelajar yang mempunyai adik, abang atau kakak, mereka semua merupakan teman rapat kita. Kita melepaskan geram pada mereka, berkongsi makanan dengan mereka dan ada kala mereka menjadi tempat meluahkan masalah. Memang kita tidak merasai kehadiran mereka di sisi kita pada waktu sekarang tetapi suatu hari nanti kita akan berasa kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup. Kenangan pahit dan manis bersama keluarga ditempuh bersama.
Walaupun keluarga kita tidak dapat memberi kita pendidikan yang cukup, tetapi jauh di dasar hati mereka untuk membiarkan kita terbiar tanpa ilmu. Bagi ibu bapa yang berada, mereka mungkin boleh menghantar anak mereka ke sekolah berasrama atau ke pusat-pusat tuisyen. Bagi ibu bapa yang tidak mampu membiayai perbelanjaan anak-anak, tanggungjawab kita sebagai anak perlulah memahami kedudukan keluarga kita dan kemampuan kita. Kita perlulah pandai mencari peluang yang disediakan di sekolah. Jadilah orang yang ‘opportunist’. Jangan kita merebut peluang dengan cara yang salah atau kepada perkara-perkara, kita lebih khususkan dalam pencarian ilmu. Sebagai contoh, menggunakan khidmat guru dan menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan disekolah. Perbincangan bersama rakan juga dapat menjadi penyelesaian bagi kita. Memang berkata itu mudah daripada melakukan tetapi jika kita inginkan kejayaan, kita mampu melakukan apa sahaja demi untuk mencapai kejayaan tersebut.
Berbalik kepada keluarga, tiada yang sehebat keluarga, dan tidak mungkin kita akan mendapat semula keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang kita untuk berjaya jika mereka tiada lagi di dunia ini. Kehilangan seorang ahli keluarga sudah cukup membuatkan kita menangis aptah lagi kehilangan seluruh anggota keluarga.
Kita haruslah bersyukur kerana mempunyai keluarga. Ramai sahabat kita yang di luar sana tidak dapat merasai kasih sayang keluarga. Hargai mereka selama masih ada.

Tuesday, February 26, 2008

Perasaan

Perasaan? Apa yang kita faham tentang perasaan? Kita ada pelbagai perasan. Sayang, rindu, kecewa, iri hati, cemburu, dan lain-lain lagi. Memang perasaan itu dicipta bagi kehidupan seorang manusia. Perasaan yang timbul tidak bersalah Cuma daya upaya kita untuk mengawal perasaan tersebut.
Jika perasaan tersebut perlu dizahirkan, kita zahirkan. Jika tidak, pendamkan dan lupakan sahaja. Jangan menyimpan perasaan yang boleh membawa keburukan dan jangan menyimpan perasaan tersebut telalu lama. Untuk dipermudahkan kata, jangan terlalu bermain dengan perasaan.
Kita ambil perasaan ‘sayang’ sebagai contoh. Memang tidak dinafikan perasaan sayang akan wujud dan melanda hampir semua remaja. Cukuplah sekadar perasaan sayang itu kita berikan kepada orang yang sepatutnya seperti keluarga. Tugas manusia juga untuk membezakan perasaan tersebut kepada orang sekeliling kita. Sebagai contoh, bagaimana perasaan sayang kepada seorang rakan, sayang kepada keluarga, sayang kepada guru dan sayang kepada binatang peliharaan. Kita mesti pandai meletakkan tahap sayang kita itu ditempat yang sepatutnya. Tahap tertinggi perasaan sayang kita itu hanyalah kepada Allah. Kepastian yang tidak dapat disangkal lagi. Tahap sayang yang seterusnya sudah pasti untuk junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Seterusnya kita akan ketahui di mana kita harus meletakkan tahap sayang kita kepada keluarga, guru, rakan dan makhluk di sekeliling kita.
Kita bincang perkara yang berkait rapat dengan perasaan iaitu ‘couple’. Perlu ke perkara tersebut bagi seorang pelajar? Hanya pelajar yang dapat mengetahui kebaikan dan keburukan. Pelajar dapat menilai sama ada perkara tersebut berguna atau tidak kepada diri.jika kita ingin menjadikan seseorang itu inspirasi diri, cukuplah sekadar bersahabat. Tidak lebih dari itu. ‘Couple’ lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Jika tersilap langkah, gelap masa depan pelajar.
Pelajar yang cemerlang mampu membezakan perkara yang baik dan buruk serta kemungkinan yang akan mereka tempuhi.

Monday, February 25, 2008

Kejayaan itu Datang Dengan Keizinan Allah

Kita seharusnya menjadi manusia yang seimbang dari sudut jasmani dan rohani.
Ambillah kesempatan bangun pada awal pagi seelum memulakan pembelajaran Sebagai umat Islam, kita hanya berusaha dan merancang tetapi Allah yang menentukan kesudahannya. Oleh itu, kita mestilah yakin dengan segala apa yang kita usahakan itu adalah yang terbaik. Walaupun kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, jika Allah tidak mengizinkan kita untuk berjaya, kita tidak akan dapat kejayaan tersebut. Sering kali kita dengar pelajar yang mengulangkaji pelajaran sehingga lewat tengah malam dan awal pagi tetapi keputusan mereka tidak seberapa. Kenapa hal ini boleh berlaku? Ini mungkin kerana mereka tidak mengetahui apa yang sepatutnya mereka baca dan tidak tahu bagaimana hendak memulakan proses pembelajaran mereka di rumah. Faktor lain yang menyebabkan terhalangnya keizinan Allah untuk memberi kejayaan kepada kita ialah kita terlupa untuk menunaikan ibadat wajib kerana hanya tertumpu dengan ibadat umum seperti belajar. Kita terlupa akan kekuasaan Allah dan meninggalkan segala suruhannya seperti bersolat. Ibadat khusus perlulah diberi keutamaan dan jika sempurna ibadat khusus, Insya-Allah, ibadat umum kita juga akan mendapat keberkatan dari Allah.
dengan berwudhuk dan mengerjakan solat sunat tahjud dan solat hajat. Tenangkan hati dan lapangkanlah fikiran sebelum memulakan pembelajaran. Mulakan sesuatu dengan niat. Niat yang kita lakukan pellah betul dan ikhlas kerana Allah. Jika kita ke sekolah, niatkan di dalam hati kerana Allah, jika kita belajar, niatkan hati kerana Allah.

Usaha yang Maksimum

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan, tiada pengorbanan tanpa usaha, tiada usaha tiada kejayaan. Kehidupan sebagai seorang pelajar memang memerlukan daya usaha yang tinggi bagi merealisasikan impian dan menempuh ujian.
Usaha yang dilakukan perlulah setimpal dengan hasil yang akan dikeluarkan. Sebagai contoh, seorang petani menanam tanaman sekadar untuk keperluan diri dan keluarga, maka tanaman mereka tidak mungkin dapat dipasarkan dengan kuantiti yang banyak kerana petani tersebut hanya berusaha untuk mengeluarkan hasil tanaman sekadar yang termampu untuk menyara hidupnya dan keluarganya.
Begitu juga dengan seorang pelajar, sebagai contoh, sekiranya kita ingin mendapat keputusan 8A di dalam peperiksaan PMR, kita perlulah berusaha kearah itu. Jika usaha kita sekadar melepaskan batuk di tangga, kemungkinan besar 8A yang diimpikan akan menjadi 8E.
Usaha yang kita lakukan perlulah berterusan dan istiqamah dalam melakukan apa-apa juga pekerjaan. Kadang kala usaha yang kita lakukan tidak membuahkan hasil dan mengecewakan kita. Usaha yang kita lakukan selama ini hanyalah penat dan lelah. Pepatah Melayu ada menyebut, pantang menyerah sebelum berperang. Jangan sesekali kita berputus asa. Tingkatkan usaha dan terus mencuba. Insya-Allah, segala penat lelah kita selama ini akan terbalas dan kita akan berasa gembira apabila usaha kita selama ini membuahkan hasil.
Usaha di dalam pengorbanan bermaksud, upaya kita untuk melakukan perubahan atau meninggalkan sesuatu yang tidak dapat kita ditinggalkan. Dalam konteks pelajar, antara pengorbanan yang boleh kita lakukan ialah, bangun pada awal pagi dan mengorbankan masa waktu tidur kita untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu juga, pelajar juga perlulah berusaha untuk meminimumkan perbuatan yang boleh melalaikan kita sebagai pelajar untuk belajar. Sebagai contoh, mengurangkan bermain permainan video atau computer, menonton televisyen atau mendengar radio dan lain-lain lagi. Tinggalkan perkara-perkara yang dirasakan tidak berguna dan cuba usahakan untuk tidak bergaul dengan rakan-rakan yang boleh membawa kita kearah keburukan.

Kegagalan??

Kegagalan??
Kenapa kita mesti memikirkan kegagalan? Kenapa kita tidak memikirkan kecemerlangan??
Sebagai seorang manusia, kegagalan pasti akan dialami dan dirasai oleh semua individu termasuklah pelajar. Naluri manusia yang sebenar sememangnya mahukan kesempurnaan dan hakikatnya Tidak ada satu manusia pun yang akan sampai ke tahap kesempurnaan melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, janganlah kita berfikir untuk mencapai ke tahap kesempurnaan cukuplah berfikir sekadar ke tahap yang cemerlang.
Kerana adanya kegagalan kita berusaha memperbaiki diri. Kerana kegagalan juga mengajar kita erti keperitan, kesedihan , kepayahan dan kekecewaan. Allah menciptakan manusia dengan pelbagai perasaan supaya kita merasai kesemuanya. Sekali gagal tidak bermakna akan gagal buat selamanya. Frasa tersebut sering kali kita dengar dan sering kali kita jadikannya sebagai inspirasi. Kita seharusnya ingat, setiap kegagalan yang kita lalui memberi kita peluang untuk berjaya pada hari-hari yang berikutnya dan percayalah, setiap kegagalan atau musibah yang menimpa diri ada hikmah disebaliknya.
Sebagai contoh, kegagalan di dalam peperiksaan atau ujian bagi sesetengah pelajar memberi impak yang besar dalam kehidupannya. Jika pelajar tidak dapat mengawalnya, tekanan akan menguasai diri dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan perasaan akan timbul. Bagi sesetengah pelajar pula, kegagalan merupakan sesuatu perkara biasa bagi mereka. Mereka tidak mengenal erti kecemerlangan dan mereka tidak sedikit pun mahu berusaha kearah itu. Golongan seperti ini perlulah diberi pendedahan dan motivasi yang berkesan bagi mengubah cara hidup dan pendirian mereka yang sentiasa goyah dan mudah rapuh.
Kegagalan yang dialami perlulah diselangi dengan kejayaan. Kita tidak seharusnya menjadi manusia yang terkenal dengan kegagalan. Sekali lagi ditekankan, janganlah kita mengulangi kegagalan yang lampau kerana kita diberikan akal untuk berfikir dan memperbaiki kesilapan. Satu contengan di atas kertas putih pasti akan dapat dipadamkan dan kejahatan yang kita lakukan selama ini sudah pasti akan dilupakan sekiranya ditutupi dengan kebaikan. Kenal pasti faktor atau punca kegagalan dan seterusnya buat penilaian dan jika memerlukan bantuan, cuba usahakan untuk mendapatkan bantuan. Kikis sifat malu bertanya untuk kebaikan dan semai sifat ingin tahu atau inkuiri dalam diri untuk menjadi pelajar yang sentiasa di hadapan.
Allah menciptakan manusia denagn penuh keistimewaan. Oleh itu janganlah kita memirkan kegagalan sedangkan kejayaan masih lagi ada. Kejayaan merupakan satu penyelesaian bagi kegagalan. Sebagai manusia kita harus tahu cara untuk mendapatkan kejayaan tesebut.

Tanpa ujian hidup ini tidak indah.

Sunday, February 24, 2008

Rakan sebagai Penyokong dan Pesaing

Rakan sebagai Penyokong dan Pesaing
Rakan? Sahabat? Kawan? Teman? Adakah mereka wujud dalam hidup anda? Memang tidak dapat dinafikan, kehadiran rakan atau teman diperlukan di dalam hidup.berbagai jenis kawan yang boleh kita temui sepanjang perjalanan hidup kita. Ada kawan gaduh, kawan baik, kawan makan, kawan ketika gembira, kawan ketika susah, kawan makan kawan, kawan sembang dan kawan buli. Adakah kita menghargai kehadiran mereka? Ada kawan yang boleh kita ajak bergurau dan ada yang tidak.
Perkara yang pasti ialah, kawan yang sering mengajak kita kearah keburukan janganlah di dekati. Jika kita mampu mengubah kawan kita itu menjadi seorang yang baik, teruskan usaha kita. Jika tidak, cukuplah sekadar mengenali dirinya. Berkawan dengan orang yang matang akan membuatkan kita lebih bersikap terbuka dan sebaliknya jika kita berkawan baik dengan orang yang mempunyai akhlak yang buruk, buruklah kita melainkan kita dapat mengawal diri dan mampu mengubah kawan kita itu.
Bagi seorang pelajar yang ingin berjaya, pemilihan kawan amat penting bagi mereka. Mereka memerlukan seorang kawan yang boleh berkongsi pendapat, kawan yang sentiasa menolongnya ketika susah atau senang, kawan yang boleh membuatkan kita gembira dan yang paling penting kawan yang menerima kita seadanya, mengakui kelemahan kita dan mereka cuba untuk membimbing kita.
Kawan tidak mengenal rupa, pangkat, bangsa, warna kulit, kebijaksanaan atau agamanya. Kita bebas berkawan tetapi sebagai umat Islam kita mesti tahu batasan dari segi pergaulan dan adab-adab semasa berkawan.
Fungsi kawan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar amat penting. Kawan sebagai pesaing bermaksud kita sentiasa bersaing dengan kawan yang lebih pandai daripada kita dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada kawan kita itu. Persaingan yang sihat dalam pelajaran akan melahirkan individu yang tidak mengenal erti putus asa dan membuatkan diri lebih bersemangat.
Sebagai contoh, kita akan berasa cemburu apabila melihat kawan kita mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sesuatu peperiksaan atau ujian. Kesan daripada itu, wujud satu perasaan untuk melakukan satu perubahan bagi membaiki kelemahan diri dan menilai apa kekurangan diri jika dibandingkan dengan kawan kita itu. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menjatuhkan kawan kita itu hanya semata-mata untuk sentiasa berada di atas. Ingatlah, kehidupan kita ini seperti roda, kita tidak akan selalu berada di atas. Sesekali kita akan berada di bawah dan kadang kala di tepi. Jangan sesekali berpendapat orang yang pandai akan sentiasa berada di atas dan orang yang bodoh akan sentiasa berada di bawah kerana orang yang bodoh akan menjadi pandai dan orang yang pandai akan jadi bodoh dan kemungkinan akan diperbodohkan. Allah menciptakan seseorang dengan pelbagai kelebihan. Setiap seorang mempunyai kelebihan sendiri. Ada yang mahir dalam bidang pertukangan dan ada yang mahir dalam bidang keusahawan dan lain-lain lagi.
Sokongan dari kawan-kawan juga penting untuk menjadi dorongan kepada kejayaan di dalam kehidupan. Nasihat yang baik dan positif dari seorang kawan perlulah diterima dan tidak seharusnya ditolak. Teguran daripada kawan juga perlulah di dengar dan terimanya dengan hati yang terbuka.
Elakkan diri daripada bersikap yang tidak sopan dengan rakan dan mengguris hati mereka. Bergaul baiklah dengan mereka dan cuba menjadi seorang yang baik dan berguna...