Wednesday, February 18, 2009

MOTIVASI DIRI (3)

USRAH
BALAI ISLAM
(IPGMKRM)


1) Last minutes
Jangan suka menangguh kerja.. Kejayaan sememangnya sukar dicapai kalau kita suka sangat bertangguh. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.. kerja yang tertangguh akan semakin bertambah dan akhirnya bolah menyebabkan tekanan dan kita mula rasa gelabah.. Jd, gunakanlah kesempatan yang ada untuk menyiapkan tugasan yg ada..

2) Perancangan awal
Orang yang cerdik seharusnya pandai menguruskan masa. Merancang apa yang perlu dilakukan pada hari ini, esok, dan akan datang... Tahu menetapkan perkara yang lebih penting, kurang penting, dan yg tidak penting.. kalau dah ada perancangan, at least, hidup kita labih teratur dan lebih sistematik.. tak lah merapu.. walaupun tak semua yg dirancangkan akan terlaksana, sekurang-kurangnya kita dah berusaha...

3) Seorang Islam
Sebagai muslim kita harus tahu "HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM". Jika tidak, kita akan tergolong dlm kalangan orang2 yang celaka... kasar gitu bunyinya.. tapi itulah hakikat yg harus diterima. Kita seharusnya tidak mengulang kesilapan yang telah dilakukan.. Cthnya: Kalau hari ni kita failed sb kesilapan sendiri, ubahlah diri dan mungkin kepada cara belajar yg lebih berkesan agar kita tak failed utk kali ke2,3,4.... Mulakanlah study diperingkat awal agar tak ketinggalan..

The most important thing, kita mesti tahu yg dipelajari ini adalah ilmu Allah. Jika kita nk lebih drpNya, kenelah usha lebih.. Mcm mana?? Dekatkanlah diri dengan Allah (Pemilik ilmu kita). Menurut firmanNya yang bermaksud, " Sesiapa yang bertaqwa pada Allah, Allah akan beri ia jalan keluar...."

klu sy seorang chef yg hebat dan kamu mahukan secret recipe drp sy.. mcm mana agaknya??? Mestilah kamu pandai mengambil hati sy. bila dah rapat dan boleh dipercayai barulah sy bg resipinya... makin kamu rapat dgn sy, makin banyaklah resipi yang kamu tau... So, samalah mcm hubungan kita dgn Allah. Kesimpulannya, 'Berusahalah untuk mendapatkan keberkatan drpNya..'

4) Mencari kawan
Carilah kawan yang boleh mendorong kita kepada kebaikan, yang boleh memberi teguran dan juga boleh menerima teguran. Kita juga mesti menjadi sepertimana kawan yg kita harapkan.. barulah adil.. mcm mencari pasangan hidup.. jika kita inginkan yang baik, kita kena menjadi baik terlebih dahulu.. betul tak??

5) Sedar diri
Sekali kita jatuh, tak bererti kita akan jatuh berkali-kali... Apabila kita sedar kita lemah, inferior, kita harus tanamkan azam.. kuatkan semangat dan mesti berusaha lebih daripada orang lain.. Kita tahu, kita sedang mencari ilmu milik Allah.. Jd tak rugi berusaha lebih daripada org lain.. Sesungguhnya Allah melihat apa yg kita lakukan.. Allah nampak usaha kita.. Jadi Allah akan lebih memberkati kita..


lastly, ini sahaja yg dapat dikongsi bersama.. Ambillah faedah daripada apa yg diperkatakan dan bukan siapa yg memperkatakan.. Sesungguhnya semua yg baik datang daripada Allah dan yg buruk datang daripada kelemahan penulis sendiri..