Thursday, February 5, 2009

Motivasi Diri

Usrah
Surau KTT
5 Februari 2009
10.35-12.35 malam


Matlamat Tidak Menghalalkan Cara
Kita ada banyak matlamat. Kita nak semua matlamat kita tercapai. Macam itu jugak aku. Ada matlamat yang boleh kita capai dan ada matlamat yang kita tidak mungkin akan capai. Macam-macam cara kita akan buat untuk mencapai matlamat kita. Kita tidak pernah terfikir sama ada cara kita itu betul atau salah, dalam mengejar matlamat kita.

Jangan Jadikan Alasan.
Jangan jadikan alasan sebagai satu alasan. “aku ada bnyak kerja nak buat”, “aku nak tido awal sebab esok nak bangun awal”, “aku nak study takut esok tak boleh jawab” dan alasan lain yang boleh dijadikan alasan. Betul ke kalau kita study 24 jam kita akan pandai? Di mana waktu kita menunaikan ibadat wajib? Di mana waktu untuk mengisi bekalan kita untuk di akhirat?

Takdir.
Kita diilhamkan untuk memilih di antara kebaikan dan keburukan. Jangan salahkan takdir. Ada keterpaksaan dari Allah untuk sesuatu perkara.

Perjumpaan Yang Tidak Dirancang

Kita mencari kawan. Ada usaha tapi gagal. Jika kita mengharapkan usaha kita berhasil, ia akan berhasil. Walaupun seketika, kita akan berjumpa dengan dia buat kali kedua dan seterusnya.

Ukhwah Yang Semakin Erat
Untuk pertama kalinya, kita tidak merasakan keakraban. Semakin lama, kita merasakan diri kita semakin dihargai. Tanpa disuruh, ukhwah dirasakan semakin kuat. Orang yang asing bagi kita menjadi orang yang paling kita hargai.

Al-Quran
Islam jatuh kerana kitabnya. Kristian jatuh kerana kitabnya. Jatuhnya Islam kerana semakin Jauh dengan Al-Quran. Jatuhnya Kristian kerana penyelewengan kitabnya. Islam akan jatuh sekiranya tidak berpegang kepada Al-Quran. Bukan hanya kerana diserang.