Monday, February 25, 2008

Kejayaan itu Datang Dengan Keizinan Allah

Kita seharusnya menjadi manusia yang seimbang dari sudut jasmani dan rohani.
Ambillah kesempatan bangun pada awal pagi seelum memulakan pembelajaran Sebagai umat Islam, kita hanya berusaha dan merancang tetapi Allah yang menentukan kesudahannya. Oleh itu, kita mestilah yakin dengan segala apa yang kita usahakan itu adalah yang terbaik. Walaupun kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, jika Allah tidak mengizinkan kita untuk berjaya, kita tidak akan dapat kejayaan tersebut. Sering kali kita dengar pelajar yang mengulangkaji pelajaran sehingga lewat tengah malam dan awal pagi tetapi keputusan mereka tidak seberapa. Kenapa hal ini boleh berlaku? Ini mungkin kerana mereka tidak mengetahui apa yang sepatutnya mereka baca dan tidak tahu bagaimana hendak memulakan proses pembelajaran mereka di rumah. Faktor lain yang menyebabkan terhalangnya keizinan Allah untuk memberi kejayaan kepada kita ialah kita terlupa untuk menunaikan ibadat wajib kerana hanya tertumpu dengan ibadat umum seperti belajar. Kita terlupa akan kekuasaan Allah dan meninggalkan segala suruhannya seperti bersolat. Ibadat khusus perlulah diberi keutamaan dan jika sempurna ibadat khusus, Insya-Allah, ibadat umum kita juga akan mendapat keberkatan dari Allah.
dengan berwudhuk dan mengerjakan solat sunat tahjud dan solat hajat. Tenangkan hati dan lapangkanlah fikiran sebelum memulakan pembelajaran. Mulakan sesuatu dengan niat. Niat yang kita lakukan pellah betul dan ikhlas kerana Allah. Jika kita ke sekolah, niatkan di dalam hati kerana Allah, jika kita belajar, niatkan hati kerana Allah.

Usaha yang Maksimum

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan, tiada pengorbanan tanpa usaha, tiada usaha tiada kejayaan. Kehidupan sebagai seorang pelajar memang memerlukan daya usaha yang tinggi bagi merealisasikan impian dan menempuh ujian.
Usaha yang dilakukan perlulah setimpal dengan hasil yang akan dikeluarkan. Sebagai contoh, seorang petani menanam tanaman sekadar untuk keperluan diri dan keluarga, maka tanaman mereka tidak mungkin dapat dipasarkan dengan kuantiti yang banyak kerana petani tersebut hanya berusaha untuk mengeluarkan hasil tanaman sekadar yang termampu untuk menyara hidupnya dan keluarganya.
Begitu juga dengan seorang pelajar, sebagai contoh, sekiranya kita ingin mendapat keputusan 8A di dalam peperiksaan PMR, kita perlulah berusaha kearah itu. Jika usaha kita sekadar melepaskan batuk di tangga, kemungkinan besar 8A yang diimpikan akan menjadi 8E.
Usaha yang kita lakukan perlulah berterusan dan istiqamah dalam melakukan apa-apa juga pekerjaan. Kadang kala usaha yang kita lakukan tidak membuahkan hasil dan mengecewakan kita. Usaha yang kita lakukan selama ini hanyalah penat dan lelah. Pepatah Melayu ada menyebut, pantang menyerah sebelum berperang. Jangan sesekali kita berputus asa. Tingkatkan usaha dan terus mencuba. Insya-Allah, segala penat lelah kita selama ini akan terbalas dan kita akan berasa gembira apabila usaha kita selama ini membuahkan hasil.
Usaha di dalam pengorbanan bermaksud, upaya kita untuk melakukan perubahan atau meninggalkan sesuatu yang tidak dapat kita ditinggalkan. Dalam konteks pelajar, antara pengorbanan yang boleh kita lakukan ialah, bangun pada awal pagi dan mengorbankan masa waktu tidur kita untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu juga, pelajar juga perlulah berusaha untuk meminimumkan perbuatan yang boleh melalaikan kita sebagai pelajar untuk belajar. Sebagai contoh, mengurangkan bermain permainan video atau computer, menonton televisyen atau mendengar radio dan lain-lain lagi. Tinggalkan perkara-perkara yang dirasakan tidak berguna dan cuba usahakan untuk tidak bergaul dengan rakan-rakan yang boleh membawa kita kearah keburukan.

Kegagalan??

Kegagalan??
Kenapa kita mesti memikirkan kegagalan? Kenapa kita tidak memikirkan kecemerlangan??
Sebagai seorang manusia, kegagalan pasti akan dialami dan dirasai oleh semua individu termasuklah pelajar. Naluri manusia yang sebenar sememangnya mahukan kesempurnaan dan hakikatnya Tidak ada satu manusia pun yang akan sampai ke tahap kesempurnaan melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, janganlah kita berfikir untuk mencapai ke tahap kesempurnaan cukuplah berfikir sekadar ke tahap yang cemerlang.
Kerana adanya kegagalan kita berusaha memperbaiki diri. Kerana kegagalan juga mengajar kita erti keperitan, kesedihan , kepayahan dan kekecewaan. Allah menciptakan manusia dengan pelbagai perasaan supaya kita merasai kesemuanya. Sekali gagal tidak bermakna akan gagal buat selamanya. Frasa tersebut sering kali kita dengar dan sering kali kita jadikannya sebagai inspirasi. Kita seharusnya ingat, setiap kegagalan yang kita lalui memberi kita peluang untuk berjaya pada hari-hari yang berikutnya dan percayalah, setiap kegagalan atau musibah yang menimpa diri ada hikmah disebaliknya.
Sebagai contoh, kegagalan di dalam peperiksaan atau ujian bagi sesetengah pelajar memberi impak yang besar dalam kehidupannya. Jika pelajar tidak dapat mengawalnya, tekanan akan menguasai diri dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan perasaan akan timbul. Bagi sesetengah pelajar pula, kegagalan merupakan sesuatu perkara biasa bagi mereka. Mereka tidak mengenal erti kecemerlangan dan mereka tidak sedikit pun mahu berusaha kearah itu. Golongan seperti ini perlulah diberi pendedahan dan motivasi yang berkesan bagi mengubah cara hidup dan pendirian mereka yang sentiasa goyah dan mudah rapuh.
Kegagalan yang dialami perlulah diselangi dengan kejayaan. Kita tidak seharusnya menjadi manusia yang terkenal dengan kegagalan. Sekali lagi ditekankan, janganlah kita mengulangi kegagalan yang lampau kerana kita diberikan akal untuk berfikir dan memperbaiki kesilapan. Satu contengan di atas kertas putih pasti akan dapat dipadamkan dan kejahatan yang kita lakukan selama ini sudah pasti akan dilupakan sekiranya ditutupi dengan kebaikan. Kenal pasti faktor atau punca kegagalan dan seterusnya buat penilaian dan jika memerlukan bantuan, cuba usahakan untuk mendapatkan bantuan. Kikis sifat malu bertanya untuk kebaikan dan semai sifat ingin tahu atau inkuiri dalam diri untuk menjadi pelajar yang sentiasa di hadapan.
Allah menciptakan manusia denagn penuh keistimewaan. Oleh itu janganlah kita memirkan kegagalan sedangkan kejayaan masih lagi ada. Kejayaan merupakan satu penyelesaian bagi kegagalan. Sebagai manusia kita harus tahu cara untuk mendapatkan kejayaan tesebut.

Tanpa ujian hidup ini tidak indah.