Rakan sebagai Penyokong dan Pesaing
Rakan? Sahabat? Kawan? Teman? Adakah mereka wujud dalam hidup anda? Memang tidak dapat dinafikan, kehadiran rakan atau teman diperlukan di dalam hidup.berbagai jenis kawan yang boleh kita temui sepanjang perjalanan hidup kita. Ada kawan gaduh, kawan baik, kawan makan, kawan ketika gembira, kawan ketika susah, kawan makan kawan, kawan sembang dan kawan buli. Adakah kita menghargai kehadiran mereka? Ada kawan yang boleh kita ajak bergurau dan ada yang tidak.
Perkara yang pasti ialah, kawan yang sering mengajak kita kearah keburukan janganlah di dekati. Jika kita mampu mengubah kawan kita itu menjadi seorang yang baik, teruskan usaha kita. Jika tidak, cukuplah sekadar mengenali dirinya. Berkawan dengan orang yang matang akan membuatkan kita lebih bersikap terbuka dan sebaliknya jika kita berkawan baik dengan orang yang mempunyai akhlak yang buruk, buruklah kita melainkan kita dapat mengawal diri dan mampu mengubah kawan kita itu.
Bagi seorang pelajar yang ingin berjaya, pemilihan kawan amat penting bagi mereka. Mereka memerlukan seorang kawan yang boleh berkongsi pendapat, kawan yang sentiasa menolongnya ketika susah atau senang, kawan yang boleh membuatkan kita gembira dan yang paling penting kawan yang menerima kita seadanya, mengakui kelemahan kita dan mereka cuba untuk membimbing kita.
Kawan tidak mengenal rupa, pangkat, bangsa, warna kulit, kebijaksanaan atau agamanya. Kita bebas berkawan tetapi sebagai umat Islam kita mesti tahu batasan dari segi pergaulan dan adab-adab semasa berkawan.
Fungsi kawan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar amat penting. Kawan sebagai pesaing bermaksud kita sentiasa bersaing dengan kawan yang lebih pandai daripada kita dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada kawan kita itu. Persaingan yang sihat dalam pelajaran akan melahirkan individu yang tidak mengenal erti putus asa dan membuatkan diri lebih bersemangat.
Sebagai contoh, kita akan berasa cemburu apabila melihat kawan kita mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sesuatu peperiksaan atau ujian. Kesan daripada itu, wujud satu perasaan untuk melakukan satu perubahan bagi membaiki kelemahan diri dan menilai apa kekurangan diri jika dibandingkan dengan kawan kita itu. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menjatuhkan kawan kita itu hanya semata-mata untuk sentiasa berada di atas. Ingatlah, kehidupan kita ini seperti roda, kita tidak akan selalu berada di atas. Sesekali kita akan berada di bawah dan kadang kala di tepi. Jangan sesekali berpendapat orang yang pandai akan sentiasa berada di atas dan orang yang bodoh akan sentiasa berada di bawah kerana orang yang bodoh akan menjadi pandai dan orang yang pandai akan jadi bodoh dan kemungkinan akan diperbodohkan. Allah menciptakan seseorang dengan pelbagai kelebihan. Setiap seorang mempunyai kelebihan sendiri. Ada yang mahir dalam bidang pertukangan dan ada yang mahir dalam bidang keusahawan dan lain-lain lagi.
Sokongan dari kawan-kawan juga penting untuk menjadi dorongan kepada kejayaan di dalam kehidupan. Nasihat yang baik dan positif dari seorang kawan perlulah diterima dan tidak seharusnya ditolak. Teguran daripada kawan juga perlulah di dengar dan terimanya dengan hati yang terbuka.
Elakkan diri daripada bersikap yang tidak sopan dengan rakan dan mengguris hati mereka. Bergaul baiklah dengan mereka dan cuba menjadi seorang yang baik dan berguna...
act
-
sometimes we act to get something.
sometimes we act to get away from something.
sometimes we act to get through something.
5 years ago