Monday, May 25, 2009

FiKir AkaL

USRAH,25/5/09
10.00 malam
Surau Inti

Setiap manusia ada tanggungjawab mereka sendiri.
Tanggungjawab yang dipegang merupakan satu kerja.
Manusia akan berubah secara semula jadi bila dia memegang tanggungjawab. Semakin besar tanggungjwab, semakin besar perubahannya.
Mereka yang bertanggungjawab akan tunaikan segala tanggungannya.

Begitu juga dengan seorang pemimpin. Dia memegang tanggungjawab yang berat. Lingkungan tanggungjawabnya sangat besar.
Setiap pemimpin ada cara tersendiri. Kelebihan seorang pemimpin bukan dilihat dari satu sudut. Adakalanya pemimpin melakukan tugasnya dengan senyap tetapi penuh effisien.

Pemimpin tidak mementingkan keperluan diri tetapi sebaliknya mementingkan orang yang berada dalam lingkungannya. Ketenangan pemimpin dalam menyelesaikan masalah menjadi satu kekaguman kepada orang di bawahnya.

Seorang pemimpin itu akan berasa lebih selesa apabila kesusahan yang diterimanya tidak diketahui oleh orang di bawahnya. Kesenangan jagaannya merupakan kesenangan pemimpin itu juga.

Setiap individu boleh menjadi pemimpin. Sekiranya dia diberikan kepercayaan, dia akan bertindak seperti pemimpin-pemimpin yang ada sekarang.