Saturday, February 19, 2011

Carilah contoh yang baik

Kamu ingin membezakan antara orang yang baik dan orang yang kurang baik.
Kamu juga ingin membezakan antara orang yang dikasihi Allah dan juga tidak.

dan kamu memberi contoh sebegini;

Tidak semestinya orang yang selalu ke masjid menunaikan solat berjemaah 5 hari sehari semalam lebih baik daripada orang yang tidak pernah ke masjid kerana dia ingin menunjuk-nunjuk.
Yup, memang betul, tp x perlulah guna contoh tersebut kerana ia seolah-olah tidak menggalakkan orang yang tidak ke masjid untuk berjemaah.

Sama juga dengan kes begini,

Tidak semestinya orang yang sentiasa bangun pagi untuk solat tahajjud lebih tinggi darjatnya di sisi Allah daripada orang yang tidak berbuat langsung kerana dia melakukan dosa-dosa lain.
dan juga betul, tapi ia seperti tidak menggalakkan orang untuk bertahajjud dan sekadar menyuruh dia agar tidak berbuat dosa. Alangkah lebih baik jika buat kedua-duanya.

Carilah contoh yang sesuai untuk membezakan tahap manusia di sisi Allah.