Sedarkah kita bahawa...
Kita dilahirka dengan dua mata di depan,
kerana seharusnya kita melihat apa yang ada di depan,
Kita dilahirka dengan dua telinga,
satu kiri dan satu di kanan,
sehingga kita dapat mendengar dari kedua-dua sisi...
Menangkap pujian mahupun kritikan, dan melihat mana yang benar.
Kita dilahirkan dengan otak yang tersembunyi di kepala,
Sehingga bagaimanapun miskinnya kita,
Kita tetap kaya..
Tiada seorang pun yang dapat mencuri isi otak kita yang berharga dari segala permata yang ada...
Kita dilahirka dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut..
Kerana mulut adalah senjata yang tajam,
yang dapat melukai, memfitnah, bahkan mampu membunuh..
Lebih baik sedikit bicara,
tetapi banyak mendengar dan melihat.
Kita dilahirkan dengan satu hati,
Yang mengingatkan kita untuk menghargai dan memberikan kasih cinta dari dalam lubuk hati..
Belajar untuk mencintai dan menikmati apa yang dicinta,
Tetapi jangan mengharapkan orang lain mencintai kita dengan cara dan sebanyak yang sudah kita berikan..
Berilah cinta tanpa mengharapkan balasan.
maka kita akan menemukan bahawa hidup ini akan menjadi lebih indah...