Sunday, February 1, 2009

LaWatAn Ke PetrOsains (ParT wan)

haku d Tugaskan menyiapkan blog bagi part satu...
terpksa dan dipaksa...
part ke 2 dan 3 akan mnyusul di blog makhluk yg lain...

1 Februari 2009
11.55 pagi....
aku yang lpar, berniat untuk brunch di restoran berdekatan dgn IIUM.
aku mengajak Fattah yang pada mulanya berniat untuk menyambung tido krn x cukup tido (agaknyala). Fattah dgn pakaiannya yang seperti orang mau Berjoging, bingkas bangun dari katilnya hnya kerana perkataan 'makan'.
Dia bertanya " makan kat mana?". aku pun menjawab, "makan di mulut".
Tanpa membuang masa aku mengambil kunci kereta ku dan Fattah mengekori ku...
Kami berdua dgn Viva menuju ke IIUM.

Semasa dlm perjalanan, satu ayat dari mulut Fattah yang tidak berinsuran keluar....
"kau pernah g pusat sains x?". aku pun menjawab "x pernah, Jom pergi". Aku memang berkobar-kobar untuk kesana kerana aku x pnah ke sana pun. Pada mulanya, aku rancang nak terus ke sana selepas brunch tanpa pulang ke kolej semula.
Tapi aku membatalkan niat kerana melihat keadaan Fattah yang seperti orang bangun tido, dengan pakaian seperti baru bgn tido, dengan selipar yg agak mahu ke jepun dan dia pun tidak bawa kamera bersamanya. Kami pun balik ke kolej.

12.35 tengah hari.
Nama yang diberi, wrongsalah telah memasuki Bilik RG-17. Bilik aku dgn Fattah la...
"kau g mana tadi?"tanya Salah. "g UIA" fattah menjawab. Keadaan menjadi sunyi beberapa saat. Aku yang berniat untuk tido sunat, dibatalkan lagi.
Sekali lagi mulut yang x pernah renew insuran berkata-kata "Wan ajak g pusat sains, nak ikut x?" tnya Fattah kepada Salah. Salah pun tanpa berpk pun mnjwb "jomla, jomla. serius ke?" "ini serius." Fattah menjawab. Niat mulanya memang hndak ke pusat sains tapi disebabkan x tau jalan, Salah mencadangkan ke PETROSAINS. Dan secara auto, US HISTORY FATTAH terkubur bersama pusat sains. Salah yg sebelum ini ada temujanji dgn salah seorang peduduk Blok S terpaksa dbtalkan. Petrosains destinasi terbaru.

Tanpa pk pnjang, Ajim(character baru) di ajak oleh Salah. Ajim yang hnya berkemban pun terus bangkit dari DOTAnya. "Serius ke?" Ajim bertanya. "ini serius." sampuk si mulut yg x ada insuran. Dia pun terus berlari menuju bilik air.
Kurang dari 5 minit, Ajim pun berbau harum semerbak (x taula dia mandi ke x atau hnya mencurahkan perfume shaja).

1.05 petang...
Enjin Viva d hidupkan...
perjalanan dimulakan tanpa perancangan....
Keadaan riuh di dalam kereta sehingga suara yg keluar dari radio pun tidak didengari...
Suara2 Fattah, Salah, Ajim membingitkan..
aku yg memandu, kena fokus..
IsyarAt d antara........

2.25 petang.
Salah yang bertindak sebagai jurupandu dan aku yang memandu akhirnya smpai ke DESTINASI.
kereta di parkir di CONVENTION CENTRE.


-coNvenTioN centrE-
Bersambung.........
Fattah take over.........
http://ismiaku.blogspot.com/2009/02/girangya-di-petrosains-klcc-episod-2.html