Ibu dan Ayah...
Kerana Ibu dan Ayah Aku Dapat Melihat Dunia ini……
Kerana Ibu dan Ayah juga Aku Menjadi Seperti Kini…….
Aku Hargai Mereka , Aku Sayang Mereka…..
Sekaya Mana Pun Aku , Setinggi Mana Pun Kedudukanku….
Tanpa Mereka Berdua, Semuanya Tidak akan berjaya aku Capai…
Maka Doakanlah Mereka……
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka..
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka..
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas
didikan mereka padaku,
Kurniakanlah mereka Pahala yang besar atas
kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Dengan perkenan-Mu,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang telah mereka deritakan keranaku,
Serta hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka.
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat kali ganda.
Ya Allah,
Seandainya magfirahMu adalah milik mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul
bersama-sama di tempat kediaman yang dinaungi kemulianMu, keampunanMu serta rahmatMu.....
Sesungguhnya Engkaulah pemilik Kurnia Teragung,
Serta pemberi anugerah yang tidak pernah akan berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin..
Sahabat2, marilah kita kenangkan dosa2 kita kepada ibu dan ayah kita selama ini.
Siapa tahu, hidup kita sering kali dirundung nestapa akibat kedurhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, dan keringatnya.
banyak2 kanlah beristighfar ...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya,
atau kata-katanya sering mengguris hati dan perasaannya, serta yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya,
percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya
didahulukan di dunia ini.
Ayah ... Ibu... ampunkanlah dosa2 anakmu ini...
act
-
sometimes we act to get something.
sometimes we act to get away from something.
sometimes we act to get through something.
5 years ago