Tuesday, February 26, 2008

Perasaan

Perasaan? Apa yang kita faham tentang perasaan? Kita ada pelbagai perasan. Sayang, rindu, kecewa, iri hati, cemburu, dan lain-lain lagi. Memang perasaan itu dicipta bagi kehidupan seorang manusia. Perasaan yang timbul tidak bersalah Cuma daya upaya kita untuk mengawal perasaan tersebut.
Jika perasaan tersebut perlu dizahirkan, kita zahirkan. Jika tidak, pendamkan dan lupakan sahaja. Jangan menyimpan perasaan yang boleh membawa keburukan dan jangan menyimpan perasaan tersebut telalu lama. Untuk dipermudahkan kata, jangan terlalu bermain dengan perasaan.
Kita ambil perasaan ‘sayang’ sebagai contoh. Memang tidak dinafikan perasaan sayang akan wujud dan melanda hampir semua remaja. Cukuplah sekadar perasaan sayang itu kita berikan kepada orang yang sepatutnya seperti keluarga. Tugas manusia juga untuk membezakan perasaan tersebut kepada orang sekeliling kita. Sebagai contoh, bagaimana perasaan sayang kepada seorang rakan, sayang kepada keluarga, sayang kepada guru dan sayang kepada binatang peliharaan. Kita mesti pandai meletakkan tahap sayang kita itu ditempat yang sepatutnya. Tahap tertinggi perasaan sayang kita itu hanyalah kepada Allah. Kepastian yang tidak dapat disangkal lagi. Tahap sayang yang seterusnya sudah pasti untuk junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Seterusnya kita akan ketahui di mana kita harus meletakkan tahap sayang kita kepada keluarga, guru, rakan dan makhluk di sekeliling kita.
Kita bincang perkara yang berkait rapat dengan perasaan iaitu ‘couple’. Perlu ke perkara tersebut bagi seorang pelajar? Hanya pelajar yang dapat mengetahui kebaikan dan keburukan. Pelajar dapat menilai sama ada perkara tersebut berguna atau tidak kepada diri.jika kita ingin menjadikan seseorang itu inspirasi diri, cukuplah sekadar bersahabat. Tidak lebih dari itu. ‘Couple’ lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Jika tersilap langkah, gelap masa depan pelajar.
Pelajar yang cemerlang mampu membezakan perkara yang baik dan buruk serta kemungkinan yang akan mereka tempuhi.

1 comments:

Anonymous said...

btol tuh...
kadang2 perasaan yg terlalu menguasai diri,menjadikan seseorg hilang pertimbangan..
kewarasan teruji,kredibiliti diri tergugat..dan ketika itulah..semua orang akn dipersalahkan..tanpa disedari..punca utama ialah diri kita sendiri...:)

~effadila~