Saturday, August 16, 2008

aLL AbOuT CoLLeGe.....



Dugaan demi dugaan
Cabaran demi cabaran
Dugaan yang penuh cabaran
Kehidupan tanpa kesedaran

Tergelincir walaupun sedikit, membawa perubahan yang begitu besar dalam kehidupan. Kolej yang mengajar erti apa itu kebebasan. Kebebasan yang tiada batasan. Kebebasan yang penuh keseronokan. Tiada yang melarang, tiada yang dilarang. Sebaik-baik manusia menjadi sejahat-jahat manusia. Dahulunya pendakwah tetapi sekarang pembuat salah. Tidak mengenal rupa, tidak mengenal usia.

Teguran jarang sekali diberikan. Mungkin juga tidak pernah ada teguran. Ada pendakwah tetapi tidak berdakwah. Bukan kerana tidak mampu. Hanya keazaman yang kurang.

Hanya insan yang mempunyai kekuatan sahaja yang berupaya melaluinya. Insan yang benar-benar mengerti apa itu 6 dapat meneruskan kehidupan.

2 comments:

Farah said...

Ada pendakwah tetapi tidak berdakwah.

terase gle.waaa~

Anonymous said...

betul tu... tp hakikatnya kita semua pendakwah... jd tak perlu tunggu pendakwah untuk berdakwah.. kita yang perlu bangkit untuk membina kekuatan diri dengan hayati apa e2 6 agar dapat meneruskan kehidupan... bila diri dah mantap, baru bleh jd role model pada org ramai.. scra tak langsung kita juga dah tunaikan tugas sebagai pendakwah...
"ISLAM ITU INDAH..."