Wednesday, March 3, 2010

BeNci TaPi RiNdU..



Salam.. Sharing is caring..
Tertarik pada artikel ni..
Walaupn blum berumahtangga, tp kita boleh blajar bagi yg blum berumahtangga dan yg akan mendirikan singgahsana..
Nampak remeh, tapi sangat significant..

“Benci tapi Rindu”

Bukalah mata bahawa hidup ini terlalu singkat untuk membenci.. katakana pada diri, walau sesukar mana sekalipun, aku wajib memaafkan pasanganku..

ALLAH MENGUJI CINTAMU..
Allah bukan sahaja menguji cintamu kepadanya, tetapi menguji cintamu kepadaNya.. Pada ketika ini terujilah cinta kita, apakah kita benar2 cinta pada Allah atau hanya mengikut perasaan dan nafsu.. Memang, orang yg paling dapat membuatkan dirimu marah adalah orang yang paling kau cintai.. oleh itu bila diuji begini, katakan “oh, Tuhan kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.” Jika benar kau cintakan dia kerana Allah, maka mudahlah kita korbankan perasaan marah..
Kemaafan itu memberi ketenangan. Kebencian dan kemarahan terutama pada orang yg kita cintai lebih menyiksakan diri sendiri. Penyakit cinta yg sangat menyakitkan iaitu “ benci tapi rindu”. Memaafkan pasangan adalah life style orang soleh.. sepertimana Sayidina Umar memaafkan isteri yg meleterinya. Sayidina Ali memaafkan Siti Fatimah yg pernah mengguris perasaannya..
Bermulalah dgn sesuatu yg mudah. Memaafkan org yg hampir dgn kita iaitu suami atau isteri.. kita tidak akan bahagia selagi orang disisi kita tidak bahagia.. bahagia itu bukan dengan menerima, tapi dengan memberi..

JANGAN BERTANGGUH MEMAAFKAN
Sukarnya memaafkan org yg masih hidup.. bayangkan pasangan kita pergi untuk selama-lamanya tanpa kita sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ditinggalkan oleh si dia?? Atau kita sendiri yg tbe2 meninggal dunia sebelum sempat member kemaafan.. tenangkah kita pergi menghadap Ilahi?? Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan…

SIAPA DOKTOR?? APA UBATNYA??
Sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu, insyaallah penyakit lahiriah dapat diubati dgn mudah.. justeru adab tidur yg dianjurkan Rasulullah ialah memaafkan kesalahan org lain.. jgn simpan dalam “file” sanubari. “delete” sebelum bertukar menjadi virus yg merosakan rasa cinta, sayang, kemesraan, dan kerinduan antara suami isteri…
“pasanganku(isteri) sepatutnya bersikap begini terhadapku”
“suamiku sepatutnya bersikap begini terhadapku”
Jangkaan2 inilah yg menimbulkan rasa kecewa apabila tidak berlaku seperti yang dijangkakan. Justeru, apabila berlaku sesuatu yg tak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka memaafkan adalah penawar yg paling melegakan..
Teruslah mengingatkannya, mendidiknya, dan mendoakannya.. bila ada maaf, itu petanda ada cinta..

HIDUP DALAM KEBENCIAN
Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu.. jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidupmu.. petanda cintamu akan ke syurga ialah rumah tanggamu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Tiada lagi yg boleh menyumbang ke arah itu selain kemaafan..

“kerana cinta kita pada Allah, Dia terus sudi memaafkan dan kerana cinta jugalah kita seharusnya memaafkan..”

Ambillah ape2 yang baik untuk dijadikan panduan bersama sbb satu hari nanti pun kita akan menempuh juga ke alam perkahwinan.. kesimpulannya,dalam kehidupan kita hari2 ni pn, berilah kemaafan kepada semua orng sedayanya.. "saya memaafkan kalian semua".. sekadar berkongsi ilmu..

4 comments:

Anonymous said...

hehe :D

menarik2.
memaafkan lagi baik dari marah,
mengalah bukan bermakna kalah :)

chill~
:)

fatah85 said...

wan. maafkan aku.

adik mentee said...

walaupon ungkapan maaf tu kdg2 amat sukar diluahkan, tapi itulah penawar yang paling mujarab...

perkataan "maaf"...nampak mcm biase je.. tp sbenarnye sgt2 powerful sbb boleh pulihkan persengketaan, boleh runtuhkan ego, perbaiki hubungan persahabatan n prsaudaraan dan etc..

~maaf di pohon~

fairyn said...

uuuuuuu....(",)
this is a bit unusual..haha..:D

neway,,
nice post as always..hehe..

and..
nk mintak maap gak..^____^