Thursday, November 12, 2009

PeLaNGi SeTeLaH HuJaN...



Apa yang datang ..
Bukan dirasakan waktunya..
Kehadirannya umpama angin lalu..
Diri tak pernah belajar menghayati..
Tidak pernah menghargai..
Namun, setelah kehilangannya…
Diri ini mulai sedar..
Sesuatu yang tak pernah terfikir dek akal..
Adalah ketenangan dan kebahagiaan..
Banyak mentarbiyah diri dan jiwa…
Yang tak bisa diungkap oleh bicara…
Namun, semuanya dirasai setelah kehilangan…
Aku sunyi..
Terlalu merindui,
Aku tercari-cari,
Dengan sabar aku menanti..
Baru kutahu hidup sendiri tak bertali..
Pelbagai ranjau aku tempuhi..
Ku panjatkan syukur pada Ilahi,
Yang dahulu ditinggalkan kini ditemui semula,
Dalam bentuk yang lebih indah..
Tongkat tempat aku berpaut..
Telah berganti baru..
Di sini hati-hati kami mula bersatu..
Dengan ismullah..
Kami berbai'ah..
Bergerak atas nama Islam..
Membina ukhwah..
mencari diriku yang dulu,
Suatu yang pasti..
Kehidupan yang lebih suci..
Kehadirannya kali ini akan lebih dihargai..
Universiti untuk aku belajar..
Mensyukuri dan menghayati..
Ditarbiyah dan mentarbiyah..
Kerana Ijazah dari Allah..
Hidup bersyariat itu lebih indah..

4 comments:

fairyn said...

:) suke2..

SuE RaY said...

huish.. pantun2 nih..
adey, ssh tol nak paham..

:P
cube tersurat sket isinyer..

hee..

Anonymous said...

ces.kau xboleh jd mcm dulu.jd lah puaka seperti sedia ada.haha.

Anonymous said...

oh nice :)