Wednesday, February 11, 2009

Lelah Dalam Perjalanan.....


Alhamdulillah, hari nie aku diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu bersama sahabat2 yang sentiasa membaca blog nie…

Buat sahabat seperjuangan, janganlah sesekali kamu berasa terlalu kecewa atau menyalahi diri sendiri serta menyalahkan takdir sekiranya kamu tidak berjaya memiliki apa yang kamu inginkan… Aku tahu, setiap langkah perjuangan kita bukanlah sesuatu yang mudah… Macam2 ujian yang datang melanda… Hidupkan mcm roda.. Adakalanya kita di atas, dan ada kalanya kita di bawah…

Namun setiap kali kita berada di bawah, cubalah terima ketentuan Allah itu dengan baik… Yakinlah, bahawa setiap ketentuan Allah ada hikmah disebaliknya… Binalah kekuatan diri dengan kepercayaan bahawa setiap yang hadir sebenarnya adalah yang terbaik buat kita… cubalah kita mencari kebaikan itu dengan ikhlas menerima takdirNya… Ingatlah bahawa kekecewaan yang berpanjangan hanya mengundang rasa putus asa pada Allah…. Luka hati yang berdarah akibat keiginan tidak tercapai, hanya menjadi makin parah…

Oleh yang demikian, muhasabahlah diri kita.. mungkin disebabkan dosa kita yang terlalu banyak Allah menguji kita sedemikian... Sesungguhnya ujian yang kita alami ini hanyalah secebis daripada ujian yang dihadapi oleh baginda Rasulullah s.a.w…. Bersyukurlah pada Allah dengan apa yang telah ditakdirkan… Kerana selautan rasa syukur kita hanyalah setitis kalau nak dibandingkan dengan rahmatNya yang dilimpahkan pada kita selama ini…

Seandainya kita telah berusaha dan berdoa, sandarkanlah semuanya pada Allah.. Yakinlah denganNya… Mungkin ujian ini merupakan maghfirah untuk kita lebih rapat padaNya… Kita hanya mampu merancang, dan Allah yang menentukan… Ingatlah bahawa tidak semua yang kita inginkan akan kita capai dan tidak semua apa yang kita capai adalah apa yang kita inginkan… Allah adalah perancang terbaik…

Kita sering mahukan hari yang cerah, tetapi Allah lebih mengetahui hakikat mengapa hujan perlu diturunkan. Kita sering mahukakn keseronokan dan jauh dari kesusahan, tetapi Allah lebih mengetahui bahawa kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan. Kita sering inginkan ketenangan, tetapi hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan, namun manusia tidak dapat lari dari kesilapan… Semua itu bukanlah hukuman,tetapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih tabah.

Sahabat2, rasanya hanya ini sjelah yang sempat dikongsi bersama… semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih tabah untuk menghadapi hari2 yang lebih mencabar di masa akan datang... Amin....

3 comments:

Sabrina said...

sume yg baek tu dtg dr ALLAH
smoga stsa dlm rhmt ALLAH
ameen
(:

fatah85 said...

introspect.
me.
you.
us.

Syazwan said...

To Sabryna
Amin....

To Fattah
LoOk witHin YOuR seLf....