Monday, February 23, 2009

Pengumuman Kepada Semua Pelajar Melayu-Islam INTI-UC

Bismillahirrahmanirrahim..

Insya ALLAH pada hari khamis tanggal 1 Rabiulawal / 26 Feb 2009 ini akan diadakan program istimewa anjuran Malay Culture Society dan Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi INTI-UC iaitu Malam Halaqah & Demonstrasi Silat Cekak Hanafi. Detail program adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Rabiulawal 1430H = 26 Feb 2009 = khamis malam jumaat
Masa: 7.00 malam - 10.30 malam
Tempat: surau INTI yang penuh barokah.


Aturcara program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

7.00 pm-8.00 pm: Solat Maghrib berjemaah.
8.00 pm-8.15 pm: Bacaan Surah Yaasin.
8.15 pm-9.00 pm: Ceramah kerohanian oleh Ustaz Kamaruddin.
9.00 pm-9.15 pm: Solat Isya' Berjemaah.
9.15 pm-9.40 pm: Kudapan & Tayangan Video Palestin
9.40 pm-10.30 pm: Penerangan Silat Cekak Hanafi INTI-UC.
10.30 pm: Bersurai.

Objektif program:

1) Mengharapkan ganjaran pahala solat berjamaah.
2) Menambahkan pengetahuan berbentuk kerohanian dan mengambil barokah di dalam majlis ilmu yang dinaungi sayap-sayap malaikat.
3) Mengeratkan ukhuwwah sesama Melayu-Islam.
4) Meningkatkan kesedaran tentang penderitaan umat Islam di Palestin.
5) Memberi gambaran sebenar tentang Silat Cekak Hanafi.
6) Mempersembahkan demonstrasi Silat Cekak Hanafi.

Untuk penerangan aktiviti sila ke blog saudara Junaidi

0 comments: