Baru semalam….
Barulah perkara yang kita cari tu muncul.
Perkara yang kita tidak cari datang.
Perkara yang kita harapkan muncul,
Perkara yang kita tidak pernah harapkan datang.
Kita mencari…
Tetapi Allah yang telah menjumpakan kita kepadanya.
Allah sebaik-baik Perancang.
Barulah sekarang aku berasa puas.
Barulah sekarang aku sedar.
Barulah sekarang aku berasa lega.
Tiada lagi penyesalan, tiada lagi keluhan.
Kesusahan, kepayahan, kesulitan yang kita lalui…
Semuanya datang daripada Allah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Kita hanya perlu berusaha sebaik yang mungkin.
Kita hanya mampu buat apa yang termampu dan terbaik.
Alhamdulillah……
2 comments:
semuanya dari Nya.
andai aku punya sang garuda,
tidak mungkin terbang tanpa izinNya.
andai aku punya kereta,
tidak mungkin bergerak tanpa izinNya.
andai aku punya kudrat,
tidak mungkin gagah tanpa izinNya.
dan,
andai aku punya seorang kawan,
tidak mungkin sesekali aku siakan,
kerana itulah ketentuanNya..
touching la plak dia ni....
aduyai....
Post a Comment