Sunday, February 27, 2011

Orang2 kata (dua)

Orang2 pun kata,

Sebelum memberi nasihat kepada orang lain,
sila lihat diri di depan cermin dahulu.

Nasihat dia, jangan hisap rokok!
Tapi kat celah jari dia tu tgh kepit rokok.

Nasihat dia, tutuplah aurat!
Tapi kenapa pusat dia nampak walau rambut x nampak.

Telinga pemberi nasihat itu lebih dekat dengan mulutnya.
Mata yang diberi nasihat itu lebih tajam dari mulut pemberi nasihat.
Baiki diri sebelum dicaci.

Thursday, February 24, 2011

Orang2 kata (satu)

Orang2 kata,

Terimalah nasihat yang baik.
Tidak kira dari siapa yang memberi nasihat itu.
Walaupun dari seorang penagih dadah, atau bekas penagih dadah atau yang baru nak cuba menagih dadah, hanya sebagai contoh.

Sebab manusia tahu membezakan nasihat yang baik dan buruk .
Kadang-kadang nasihat itu sangatlah betul. Nama pun nasihat, tak tahulah ada ke nasihat yang x betul?

Masalahnya sekarang, manusia hanya menerima nasihat dari orang2 yang tertentu, dari sumber2 yang tertentu dan untuk masa2 yang tertentu.

Saturday, February 19, 2011

Carilah contoh yang baik

Kamu ingin membezakan antara orang yang baik dan orang yang kurang baik.
Kamu juga ingin membezakan antara orang yang dikasihi Allah dan juga tidak.

dan kamu memberi contoh sebegini;

Tidak semestinya orang yang selalu ke masjid menunaikan solat berjemaah 5 hari sehari semalam lebih baik daripada orang yang tidak pernah ke masjid kerana dia ingin menunjuk-nunjuk.
Yup, memang betul, tp x perlulah guna contoh tersebut kerana ia seolah-olah tidak menggalakkan orang yang tidak ke masjid untuk berjemaah.

Sama juga dengan kes begini,

Tidak semestinya orang yang sentiasa bangun pagi untuk solat tahajjud lebih tinggi darjatnya di sisi Allah daripada orang yang tidak berbuat langsung kerana dia melakukan dosa-dosa lain.
dan juga betul, tapi ia seperti tidak menggalakkan orang untuk bertahajjud dan sekadar menyuruh dia agar tidak berbuat dosa. Alangkah lebih baik jika buat kedua-duanya.

Carilah contoh yang sesuai untuk membezakan tahap manusia di sisi Allah.

Wednesday, February 9, 2011

masih ada "tapi"

kenapa perlu ada tapi?

adakah statement itu salah,

atau

ayat itu tidak lengkap,

atau

kamu tidak boleh mengalah,

atau

kamu kene batang idung sendiri..

Gunalah 'tapi' sebaiknye 'tapi' jangan mengalah...

dan janganlah ber'tapi' untuk terima yang benar.