Tuesday, November 8, 2011

Renunglah

Kalau kita pernah berbangga dengan kepandaian, ingatlah hakikatnya bahawa ada manusia yang lebih pandai dari kamu, Maka berIstighfarlah. Kalau kita pernah mengeluh yang kita merupakan orang yang termiskin, hakikatnya ada lagi orang yang lagi miskin dari kita. Maka Bersyukurlah. Dan bagi setiap yang kamu sangka akan ada lebih baiknya dan buruknya.

Thursday, September 22, 2011

Jom lumba

Cubalah bernafas sekadar yang mampu. Hiduplah dengan bermatlamat yang betul. Jangan pernah iri hati dengan kesenangan orang lain.
Jika manusia saling kejar-mengejar dalam mencari dunia, Dia susah untuk mencari lebuh raya di Akhirat.

Monday, September 19, 2011

Kamu bukan Islam ke?

Org Islam yg pandai sangat: ape tindakan susulan pihak bertanggungjawab (jaiz,jakun) dalam membanteras case ini? Pihak yang kene jawab: kamu bukan orang Islam ke? x nak tolong?
Maaflah, mereka x sedar mereka ada agama...

Saturday, September 10, 2011

Buat kebaikan sampai semput...

Kerjakan sesuatu kebajikan sehingga kamu melupakan kejahatan Buatlah kebaikan sehingga kamu penat utk melakukan kemungkaran Ingatlah perkara yang mendatangkan faedah sehingga kamu tiada masa utk memikirkan perkara yang lagha.

Tuesday, August 16, 2011

Antara Kazib dan Kafir

Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat kebodohan terhadap Allah dan mendustakan kenebaran yang datang kepadanya? Bukankah di Neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir?

Az-Zumar:32

Kamu mengetahui sesuatu tetapi kamu menyembunyikan.
Kamu tahu ajaran Islam datang kepadamu dan kemudian kamu mendustakan.

Monday, August 1, 2011

Without You

My heart won’t beat
Without your love in me
My eyes won’t see
Beauty without thee
Loves melody that you put in me
Would lead me to only
Silence without you
Cause I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
And I don’t know
Where I would go
What I would do
Without you

Monday, July 4, 2011

Kanak-kanak yang kagum

Mahu kembali menjadi kanak-kanak
Tetapi masa tidak mengizinkan..

Mereka tidak pernah jemu dalam melakukan sesuatu.
Begitu juga dalam ibadah.
Iman mereka sentiasa meningkat jika disuruh.
Mereka buat dengan senyuman..

Wednesday, June 22, 2011

Iman macam mana?

Macam tu lah...
turun naik..

banyak naik ke turun??
kalau banyak turun, tryla naikkan...

11;112

Friday, May 6, 2011

kepada yang bercerita

sedang kamu melakukan yang terbaik
kamu mengharapkan yang terbaik

epal di dalam sbuah kebun
tidak semuanya baik
yang tidak baik itulah yang membawa rezeki kepada makhluk lain

persepsi manusia berbeza
ingatlah, kamu, kamu dan kamu adalah epal
sama ada yang baik atau tidak
kamu memberi faedah pada orang lain

p/s: dalam dukacita akan ada sukacita dan sebaliknya...

Wednesday, April 20, 2011

Chill dulu

Lepak ar bro...
Isyak pukul 9.00, baru kul 8.00 nie...
Chill dulu..

boddddoh, dah tu ko nak semayang kul bape??
Sedar x, dah masuk waktu solat??
ada kesulitan x ko nak solat masa tue??

Ko duduk dalam kelompok Islam pun malu nak solat,
apetah lagi duk dalam kelompok kambing berak x cebok!!

Tuesday, March 22, 2011

Menuju ke Akhirat

Hai kamu yang bernama dosa
Kau akan heret aq ke dalam neraka

Salam ku atas pahala
Yang akan pimpin tanganku ke syurga

Atas segala amal kebaikanku
Aq minta dijauhkan dr nerakaMu.

Sunday, February 27, 2011

Orang2 kata (dua)

Orang2 pun kata,

Sebelum memberi nasihat kepada orang lain,
sila lihat diri di depan cermin dahulu.

Nasihat dia, jangan hisap rokok!
Tapi kat celah jari dia tu tgh kepit rokok.

Nasihat dia, tutuplah aurat!
Tapi kenapa pusat dia nampak walau rambut x nampak.

Telinga pemberi nasihat itu lebih dekat dengan mulutnya.
Mata yang diberi nasihat itu lebih tajam dari mulut pemberi nasihat.
Baiki diri sebelum dicaci.

Thursday, February 24, 2011

Orang2 kata (satu)

Orang2 kata,

Terimalah nasihat yang baik.
Tidak kira dari siapa yang memberi nasihat itu.
Walaupun dari seorang penagih dadah, atau bekas penagih dadah atau yang baru nak cuba menagih dadah, hanya sebagai contoh.

Sebab manusia tahu membezakan nasihat yang baik dan buruk .
Kadang-kadang nasihat itu sangatlah betul. Nama pun nasihat, tak tahulah ada ke nasihat yang x betul?

Masalahnya sekarang, manusia hanya menerima nasihat dari orang2 yang tertentu, dari sumber2 yang tertentu dan untuk masa2 yang tertentu.

Saturday, February 19, 2011

Carilah contoh yang baik

Kamu ingin membezakan antara orang yang baik dan orang yang kurang baik.
Kamu juga ingin membezakan antara orang yang dikasihi Allah dan juga tidak.

dan kamu memberi contoh sebegini;

Tidak semestinya orang yang selalu ke masjid menunaikan solat berjemaah 5 hari sehari semalam lebih baik daripada orang yang tidak pernah ke masjid kerana dia ingin menunjuk-nunjuk.
Yup, memang betul, tp x perlulah guna contoh tersebut kerana ia seolah-olah tidak menggalakkan orang yang tidak ke masjid untuk berjemaah.

Sama juga dengan kes begini,

Tidak semestinya orang yang sentiasa bangun pagi untuk solat tahajjud lebih tinggi darjatnya di sisi Allah daripada orang yang tidak berbuat langsung kerana dia melakukan dosa-dosa lain.
dan juga betul, tapi ia seperti tidak menggalakkan orang untuk bertahajjud dan sekadar menyuruh dia agar tidak berbuat dosa. Alangkah lebih baik jika buat kedua-duanya.

Carilah contoh yang sesuai untuk membezakan tahap manusia di sisi Allah.

Wednesday, February 9, 2011

masih ada "tapi"

kenapa perlu ada tapi?

adakah statement itu salah,

atau

ayat itu tidak lengkap,

atau

kamu tidak boleh mengalah,

atau

kamu kene batang idung sendiri..

Gunalah 'tapi' sebaiknye 'tapi' jangan mengalah...

dan janganlah ber'tapi' untuk terima yang benar.

Tuesday, January 25, 2011

Sedekah

Kita memang tidak ada sebab untuk bersedekah.
Kita tak pernah fikir ke mana sedekah kita pergi.
Sama ada ke jalan yang baik atau jalan yang salah.
Yang pasti sedekah senyum akan sentiasa baik dgn niat yang baik.

Apa yang kita tahu dan kita minta, sedekah kita diterima Allah.
Kita sedekah dengan niat yang baik, menolong saudara.
Walaupun dengan seketul ayam, bagi mereka itulah yg meneruskan hidup.

Jangan pernah fikir sedekah kita memberi kesan yang negatif kepada orang lain.
Kerana kita tidak akan ada peluang bersedekah jika itu dalam fikiran.

Saturday, January 22, 2011

Pohon Hijau

Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

Sunday, January 9, 2011

Ikhlas dan Jujur

aq tahu aq bukan yang yang terbaik, sekurang-kurangnya aq bukan yang terjahat.

aq buat kerana itu tanggungjawab aq, aq buat bukan kerana orang lain.

dalam tanggungjawab aq ada ikhlas, dan aq masih lagi mencari kejujuran dalam ikhlas.

masih lagi dlm proses mencerna ikhlas dan jujur.