Wednesday, October 27, 2010

Bercakap seperti tiada Agama

Tolong tutup air kat atas tu, dah basah kuyup dah nie!(hujan)

sial sejuk gila angin ni!

Wei demam, pergi la jauh2!!

Knapa la skarang baru nak sakit!


Fikirkan, kepada siapa kita tujukan...

Sunday, October 17, 2010

Cukuplah kematian itu sebagai penasihat

Along buat buat ketupat semalam.
Along ingat masa dulu, bila kita ambik upah anyam ketupat sama-sama.
Sambil menganyam, smbil jenaka dgn atuk antan.
anyam 1000 ketupat pun x rasa.

Along kena teruskan hidup kat sini. Al-fatihah.

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat."( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )

Saturday, October 16, 2010

Atuk.

Setiap kali along melangkahkan kaki keluar dari kampung, atuk selalu cakap macam ni "nanti along balik kampung, x tau lah atuk hidup lagi ke x". Along x pernah respon, along anggap itu sebagai bahan perbualan.

Sebelum along ke sini, along minta restu atuk. atuk cakap mcm ni "atuk x dapat hantar along, atuk x dapat bagi ape2 kat along" along melihat atuk menangis. Along peluk atuk, bukan tanda perpisahan. Along mengharapkan atuk menangis lagi dengan kejayaan along nanti.

Along dengar atuk sakit tenat hampir sebulan dekat sini.
Hanya ini sahaja yang along mampu buat untuk atuk, doa along dari jauh.Cukup 2 bulan along kat sini, dan hari ini atuk dah pergi buat selamanya.

Al-Fatihah buat atuk, Saodah bt Ngadin. Ya Allah, tabahkan hati Along dan tempatkan atuk di kalangan orang2 yang mentaati perintahMu.