Monday, May 25, 2009

FiKir AkaL

USRAH,25/5/09
10.00 malam
Surau Inti

Setiap manusia ada tanggungjawab mereka sendiri.
Tanggungjawab yang dipegang merupakan satu kerja.
Manusia akan berubah secara semula jadi bila dia memegang tanggungjawab. Semakin besar tanggungjwab, semakin besar perubahannya.
Mereka yang bertanggungjawab akan tunaikan segala tanggungannya.

Begitu juga dengan seorang pemimpin. Dia memegang tanggungjawab yang berat. Lingkungan tanggungjawabnya sangat besar.
Setiap pemimpin ada cara tersendiri. Kelebihan seorang pemimpin bukan dilihat dari satu sudut. Adakalanya pemimpin melakukan tugasnya dengan senyap tetapi penuh effisien.

Pemimpin tidak mementingkan keperluan diri tetapi sebaliknya mementingkan orang yang berada dalam lingkungannya. Ketenangan pemimpin dalam menyelesaikan masalah menjadi satu kekaguman kepada orang di bawahnya.

Seorang pemimpin itu akan berasa lebih selesa apabila kesusahan yang diterimanya tidak diketahui oleh orang di bawahnya. Kesenangan jagaannya merupakan kesenangan pemimpin itu juga.

Setiap individu boleh menjadi pemimpin. Sekiranya dia diberikan kepercayaan, dia akan bertindak seperti pemimpin-pemimpin yang ada sekarang.

Sunday, May 24, 2009

InCreAse In ExpErienCE

Salam...

PerMulAan Itu PEdih....

SeTengAh dr PermUlaAn sdikIt peNderitAan

PertEngaHan itu SanGt saKit..

SeteNgah dr PertEngahan LenGuh BerPanjanGan

KesuDahan Itu MemBerikAn KepUasaN dAn KebahagiAan

SetngAh dr kesudahan Dtgnya dr riak WajaH kamu....

Pedih itu, penderitaan itu, sakit itu, lenguh itu perlu kan kesabaran...
Ketenangan Yang Berterusan....
Penyelesaian WalauPun keterPaksaan...
PeNUh KeyakInan uTk hari Akan Datang...

TeRima KaSih UntUk KaMu yaNg BerKongsi....

Tuesday, May 5, 2009

Aku muncul lagi...



Assalamualaikum... dah lama x update blog ni... malas btul tuan punya blog ni... dah berkurun bersawang2 baru nak update.. apelah nk jadi...
Kat cni ada beberapa maklumat yang nk dikongsi bersama untuk refresh semula ilmu2 yg kadg2 dipandang enteng oleh segelintir masyarakat pd hari nie.. lagi2 baru lepas exam nie... baca ye...

"BEKERJALAH UNTUK DUNIAMU SEOLAH-OLAH KAU AKAN HIDUP SELAMANYA, DAN BERMALLAH UNTUK AKHIRATMU SEOLAH-OLAH KAU AKAN MATI PADA ESOK HARI"

"TANGAN YANG DI ATAS (MAMBANTU) ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DI BAWAH (DIBANTU)"

Membaca Al-Quran: Bacalah Al-Quran umpama kamu seorang hamba yang membaca surat daripada tuannya untuk direnung, dihayati dan dilaksanakan.

Akhlak Terpuji Rasulullah Untuk Dicontohi:
1) Memberi salam dengan ucapan "Assalamualaiku w.b.t"

2) Meninggalkan ucapan dan perbuatan yang keji.

3) Merendahkan suara ketika berkomunikasi dengan orang lain.
* seandainya diri nie pernah terlepas kata sampai ada pihak yang terasa, maafkanlah ye...

4) Menolak kejahatan dengan kabaikan dan memberi kemaafan.

5) Berlemah lembut dengan kawan2, pembantu, anak2, murid2, juga isteri seandainya dia lalai menjalankan tugas yang diamanahkan.
* klu nak menegur pn, jgnlah dengan kekerasan sampai mencederakan... ish3..

6) Tidak rasa rendah diri makan di lantai beralaskan tikar dengan makanan yang ala kadar..

7) Tidak rasa rendah diri tetapi gembira bila berada dalam satu pasukan dengan pekerja bawahan..

8) Tidak senang apabila dipuji secara berlebihan.

9) Tidak mengucapkan kata2 yang kesat atau keji walaupun ketika berjenaka.

10) Bermanis muka.
* senyum selalu.. Senyum itu sedekah..

11) Menggunakan kata2 yang manis dan sopan.

12) Menggembirakan dan membantu orang lain..
* Thanks pada kawan2 yang ambil berat dan yg slalu membantu...

13) Jgn banyak berleter
* Kepada yang selalu kene leter tu, im sory.. jgn ambik ati.. that all 4 ur sake.. bcoz i luv u... u r my frenz... i try to change...

14) Sayang pada semua makhluk.
* Jgn benci2 pada binatang tau sb dia makhluk Allah jg..

15) Benci pada sifat kedekut..

16) Bersegera ke masjid dan solat berjemaah pada setiap waktu..
* jom p solat jemaah ramai2 kat surau yang kebiasaannya sunyi tu... mengimarahkan surau...

17) Tahan diri dari perasaan marah dan dendam..

18) Mampu mengaku kesalahan diri sendiri..
* Sesekali kena merendah diri... takda ruginya utk mengatakan 'maaf' pada org lain sekiranya kita betul2 silap.. yang menerima maaf, sedilah memaafkan.. aman dunia ni..

19) Dapat menerima nasihat org lain.
* yg memberi nasihat kene ikhlas... yang menerima nasihat pulak kena redha.. jgn menyimpan dendam.. slamat masih ada lg insan yg nak menasihatkan, tak da la selamanya tersesat... kan3...

20) Bersabar dan juga memaafkan gangguan dan cercaan orang lain..
* Sabo jelah... Klu ada iman yang kuat doakanlah agar org yang mengganggu dan mencerca tu dapat hidayah dari Allah...

Bacalah... semua ni untuk renungan bersama... daripada 20, berapa agaknya yang kita dah bolah ikut??? Fikir2kanlah....