Thursday, April 16, 2009

Aku, Dia, dan Kamu...



Sedarkah kita bahawa...

Kita dilahirka dengan dua mata di depan,
kerana seharusnya kita melihat apa yang ada di depan,
Kita dilahirka dengan dua telinga,
satu kiri dan satu di kanan,
sehingga kita dapat mendengar dari kedua-dua sisi...
Menangkap pujian mahupun kritikan, dan melihat mana yang benar.

Kita dilahirkan dengan otak yang tersembunyi di kepala,
Sehingga bagaimanapun miskinnya kita,
Kita tetap kaya..
Tiada seorang pun yang dapat mencuri isi otak kita yang berharga dari segala permata yang ada...

Kita dilahirka dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut..
Kerana mulut adalah senjata yang tajam,
yang dapat melukai, memfitnah, bahkan mampu membunuh..

Lebih baik sedikit bicara,
tetapi banyak mendengar dan melihat.
Kita dilahirkan dengan satu hati,
Yang mengingatkan kita untuk menghargai dan memberikan kasih cinta dari dalam lubuk hati..

Belajar untuk mencintai dan menikmati apa yang dicinta,
Tetapi jangan mengharapkan orang lain mencintai kita dengan cara dan sebanyak yang sudah kita berikan..
Berilah cinta tanpa mengharapkan balasan.
maka kita akan menemukan bahawa hidup ini akan menjadi lebih indah...


Monday, April 6, 2009

Erti Sebuah Kelahiran

Semoga dirahmati Allah selalu. Jadilah anak yang Soleh, ingat pada hari-hari yang berlalu jadikan pengajaran. Renungkan hari depan agar tidak kecundang. Hidup perlukan kesabaran untuk kejayaan. Hati-hati dalam setiap langkah. Mudah-mudahan along selamat dunia dan akhirat.


Mentari 7 April & purnama 11 Rabi’ulakhir menjelang lagi. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-19. Semoga kehadiran tarikh ini bakal terus membawa sinar kejayaan dan kecemerlangan.


I wish you will be successful in your life. Life is short, so take care your time and always learn something. Never give up if sometime you are not at the top.


Ya Allah kurniakan keredhaan, keampunan dan kasih sayangmu kepadanya. Berikan kepadanya ketenangan jiwa yang tidak putus-putus, kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh perjuangan ini.


Ulang tahun kelahiran kamu
Muhasabah diri kamu..
Tetapkan azam kamu..
Tingkatkan keimanan kamu..
Berpijaklah di bumi yang nyata..
Agar kamu tahu batas kehidupan kamu..
Ingatlah semakin banyak umurmu, semakin dekatlah kamu kepada kematian.